
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO
Anda 40 tahun ke atas?
Jom jalani saringan kesihatan secara PERCUMA!
JIKA ANDA:
✅ Warganegara Malaysia
✅ Aktif mencarum di bawah Skim Keilatan PERKESO
✅ Berumur 40 tahun ke atas
✅ Terbuka kepada pencarum berumur 30 hingga 39 tahun (mempunyai risiko kesihatan)
Muat turun Aplikasi SEHATi di Apps Store atau Play Store sekarang untuk semak kelayakan anda dan dapatkan saringan kesihatan di klinik HSP.
Apps Store:
https://apps.apple.com/my/app/sehati-app/id1619744029?platform=iphone
Play Store:
https://play.google.com/store/apps/details?id=io.sehati
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my.
MAKLUMAN PELAKSANAAN SEMULA PROGRAM SARINGAN KESIHATAN PERKESO
Sejajar dengan usaha memperkasakan promosi kesihatan pekerja khususnya ketika negara dalam Fasa Peralihan Ke Endemik, PERKESO telah melaksanakan semula Program Saringan Kesihatan atau Health Screening Programme (HSP), bermula 1 Jun 2022.
Pelaksanaan semula HSP turut menawarkan penggunaan aplikasi SEHATi bagi memberikan pengalaman baharu yang lebih menarik kepada pekerja terutamanya dalam pengurusan saringan kesihatan.
Aplikasi mudah alih SEHATi menawarkan pengurusan saringan kesihatan di bawah HSP yang mudah dan fleksibel.
- Semak kelayakan HSP
- Menetapkan janji temu bagi saringan kesihatan dengan klinik panel
- Jalani saringan kesihatan secara percuma
- Mengakses keputusan ujian saringan
Aplikasi ini turut dilengkapi dengan modul Health Diary yang membolehkan pekerja merekod data kesihatan masing-masing bagi tujuan pemantauan kesihatan kendiri
Siapa yang layak di bawah HSP?
- Warganegara Malaysia
- Aktif mencarum dengan PERKESO di bawah Skim Keilatan
- Berumur 40 tahun ke atas
- Terbuka juga kepada pencarum berumur antara 30 hingga 39 tahun dan mempunyai risiko kesihatan NCD
Bagi pekerja yang ingin menyemak kelayakan dan membuat saringan kesihatan di bawah HSP, pekerja perlu memuat turun aplikasi mudah alih SEHATi menerusi platform Google Play Store atau Apple App Store.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://sehati.perkeso.gov.my