• Apakah itu program Saringan Kesihatan PERKESO?

    Program saringan kesihatan PERKESO adalah pemeriksaan kesihatan percuma diberi kepada orang berinsurans PERKESO bagi mengenal pasti kumpulan yang berisiko penyakit tidak berjangkit (Non-Communicable Disease-NCD).

     

    Faktor utama program ini diperkenalkan adalah disebabkan oleh peningkatan bilangan pekerja yang disahkan mengidap keilatan akibat penyakit tidak berjangkit (34% daripada kes ilat dilaporkan dan 49% daripada kes penakat yang dilaporkan). Dengan menjalani pemeriksaan ini, pekerja akan dapat mengesan awal penyakit tersebut seterusnya mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Intervensi awal ini akan memberi kesan yang positif terhadap sumber modal insan yang berpengalaman dan peningkatan produktiviti sesebuah majikan. Ini secara langsung akan menjamin keselamatan sosial pekerja khasnya pekerja di sektor swasta yang menjadi teras kepada kesinambungan pembangunan modal insan negara.

     

     

    What is SOCSO's Health Screening Program? 

     

    The SOCSO Health Screening Program (HSP) is a new benefit provided by SOCSO with the purpose of promoting healthy lifestyles and identifying high risk groups of workers with non-communicable diseases.

     

    The real drive behind the Health Screening Program is due to the rising number of workers who are certified to be invalid due to lifestyle diseases (34% from invalidity pension reported and 49% from survivors` pension reported). With the health screening program, workers will be able to identify their risk to such diseases and seek proper treatment to avoid sickness and complications. Such intervention would stimulate a positive impact which promotes retention of experienced workers and increase of productivity which will directly create a vibrant business environment and stimulate the nation’s economy.

  • Objektif

     

    a) Memupuk kesedaran kesihatan terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat.

     

    b) Mengesan awal penyakit tidak berjangkit;

     

    c) Mencegah hilang upaya dan kematian awal disebabkan penyakit tidak berjangkit;

     

    d) Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit;

     

    e) Meningkatkan sumber modal insan dan produktiviti negara melalui persekitaran populasi pekerja yang sihat di sektor awam.

     

     

     

     

    Objectives

     

    a) Promote healthy culture and awareness of the non-communicable diseases;

     

    b) Early detection of the non-communicable disease;

     

    c) Prevents disability and death due to non-communicable diseases;

     

    d) Prevents the loss of income due to non-communicable diseases;

     

    e) Improving human capital resource and productivity through a vibrant business environment and stimulate nation’s economy.

  • Kumpulan Sasaran? Siapakah yang layak mendapat baucar program saringan kesihatan PERKESO?

    Baucar ini layak diberikan kepada semua pencarum PERKESO yang aktif bekerja yang telah berumur 40 tahun dan ke atas. Baucar ini akan diberikan kepada pekerja yang mencecah umur 40 tahun setiap tahun untuk memberi peluang kepada semua pekerja menjalani saringan kesihatan percuma ini.

     

     

    Who is eligible for Health Screening Programs?

     

    SOCSO will provide the health screening for all active workers aged 40 years and above. The Health Screening Program will be offered continuously to enable all future workers attaining the age of 40 to benefit from this program.

  • Di manakah pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan?

    Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di klinik yang berdaftar melalui portal sehat PERKESO sebagai klinik panel Program Saringan Kesihatan. Pekerja boleh melayari laman web sehat.perkeso.gov.my untuk mendapatkan senarai klinik panel.

     

     

    Where can this screening be done?

     

    The screening can be done at our registered panel clinics. The list of our panels can be obtained through sehat.perkeso.gov.my

  • Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh setiap pekerja yang telah menerima baucar HSP?

     

    Langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

     

    a) Majikan/pekerja boleh menyemak senarai klinik panel HSP berdekatan melalui laman web http://sehat.perkeso.gov.my

     

    b) Pekerja perlu menghubungi klinik panel untuk membuat temujanji;

     

    c) Untuk pemeriksaan mammogram, doktor panel akan merujuk pekerja selepas menjalani pemeriksaan standard.

     

     

      

     

    What should the worker do when he/she receives the voucher?

     

    The employee need to submit the voucher to the HSP panel clinic. Steps should be taken:-

     

    a) The employer or employees can check the list of HSP panel clinic through SOCSO’s sehat portal at http://sehat.perkeso.gov.my ;

     

    b) Make an appointment with your selected panel clinic;

     

    c) For mammogram screening, panel doctor will refer the employee to the Mammogram Centre for screening.

  • Apakah jenis-jenis penyakit yang disaring di bawah program ini?

     

    a) Saringan kesihatan dijalankan untuk mengesan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease) seperti darah tinggi, diabetes, penyakit jantung dan kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi.

     

    b) Hasil pemeriksaan akan dapat memberi maklumat berkaitan risiko penyakit jantung melalui framingham score.

     

    c) Bagi wanita saringan tambahan disediakan bagi mengesan barah payudara dan barah pangkal rahim.

     

     

     

     

    What  are the diseases that the SOCSO Health Screening Program is screening? 

     

    a) SOCSO is screening for non-communicable disease namely hypertension, diabetes, kidney disease, and dyslipidaemia for all.

     

    b) The tests will also give the Framingham score for assessing the cardiovascular disease risk.

     

    c) For women, additional screening for breast and cervical cancers are done.

  • Berapakah jenis baucar yang disediakan untuk pekerja yang layak?

    Terdapat dua (2) jenis baucar yang diberikan kepada pekerja iaitu :

     

    a) Baucar saringan kesihatan untuk lelaki dan wanita; serta

    b) Baucar tambahan untuk pemeriksaan mamogram bagi wanita.

     

     

    How many vouchers are given to eligible worker?

     

    a) For men only one voucher is given:

        1. one for general screening;

     

    b) However for women two vouchers are given:

        1. one for general screening; and

        2. one for mammogram examination.

  • Mengapa pekerja wanita diberi baucar mamogram secara berasingan?

    Nombor HSP mammogram diberikan secara berasingan adalah untuk memberi kesedaran terhadap risiko barah payudara. Pekerja wanita boleh membuat pemeriksaan di klinik panel yang dilantik dan mereka akan dirujuk ke Pusat Mamogram.

     

     

    Why are women given a separate mammogram voucher?

     

    HSP number given is to provide awareness of the risk of breast cancer. The doctor will assessed the female worker during the general health assessment and advise for mamogram accordingly. At risk female employees can utilise the mammogram voucher at the Mammogram Centre they’re referred to by the doctor.

  • Pemeriksaan kesihatan dan Ujian pemeriksaan meliputi:

    Pemeriksaan kesihatan meliputi :    

    a)     Pemeriksaan fizikal

    b)     Konsultasi

    c)     Pemeriksaan darah

    d)     Analisa laporan

    e)     Khidmat nasihat yang berkaitan

     

    Ujian pemeriksaan :

    a)     Full blood count

    b)     Fasting glucose

    c)     Fasting lipid profile

    d)     Urine feme / Microalbuminuria

    e)     Pap Smear (wanita)

    f)      Mamogram (wanita)

     

     

     

    The Health Parameters and Screening includes:

     

    The Screening Includes:

    a)     Physical Examination

    b)     Consultation

    c)     Blood and Urine Tests

    d)     Interpretation of Medical Findings

    e)     Clinical Advise

     

    The Health Parameters Are:

    a)     Full Blood Count

    b)     Fasting glucose

    c)     Fasting lipid profile

    d)     Urine feme / Microalbuminuria

    e)     Pap Smear (Women)

    f)      Mamogram (Women)

  • Adakah pemeriksaan Pap Smear wajib dilakukan?

    Semua wanita digalakkan untuk menjalani ujian Pap Smear yang telah disediakan di bawah pakej saringan ini. Doktor anda akan memberikan nasihat berkenaan perkara ini.

     

     

    Is Pap Smear will be done?

     

    All women are encouraged to go for the Pap Smear examination. Pap Smear is covered in the general screening for the women. Your doctor would be able to advise you accordingly.